“Aku Takkan Lupa Siapa Yang Membuang Muka Ketika Aku Minta Tolong” – Eda Ezrin Berterima Kasih Pada Yang Percaya Dirinya Tak Bersalah

Hiburan

“Aku Takkan Lupa Siapa Yang Membuang Muka Ketika Aku Minta Tolong” – Eda Ezrin Berterima Kasih Pada Yang Percaya Dirinya Tak Bersalah

Penyanyi dikir barat moden, Eda Ezrin berkata bukan mudah untuknya mengharungi hari-hari ketika di dalam penjara namun dengan doa yang tak pernah putus, dia temui kekuatan untuk terus bertahan.

Eda menulis luahan itu di Instagram story dan bersyukur serta sebak apabial mengenang kembali detik sukar yang berlaku dalam hidupnya.

Advertisement

Eda Ezrin

Kata Eda, kembali ke pangkuan keluarga merupakan nikmat yang tidak ternilai selepas dia melalui episod hitam apabila ditahan polis Sungai Golok di sebuah hotel atas tuduhan memiliki 6,059 pil Yaba.

Ujian ini bukan mudah, namun dengan doa yang tidak pernah putus dari keluarga, sahabat dan anda semua yang ikhlas menyokong dari jauh, saya temui kekuatan untuk terus bertahan.

Eda Ezrin bebas

Eda juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa percaya bahawa dia tidak bersalah dan memohon peluang unutk kembali menysun langkah membina kehidupan baru.

Terima kasih kerana tidak pernah membelakangkan saya. Moga Allah membalas setiap kebaikan kalian.

Dalam hantaran berasingan, Eda turut berkongsi video TikTok seperti mahu menggambarkan apa yang terbuku di hatinya tentang siapa yang memberi pertolongan dan siapa yang meninggalkan dirinya ketika episod duka itu.

Aku tidak akan pernah lupa tangan siapa yang menolongku di saat susah dan kaki siapa yang melangkah di saat aku minta tolong. Dan aku pun tidak lupa juga siapa yang membuang muka ketika aku sedang meminta tolong.

hantaran Eda Ezrin

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-08-07 14:38:02

Eda Ezrin Dan Suami Akan Terus 'Diambil' Polis Setibanya Di Kelantan - PDRM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...