Sedia maklum, semalam, pempengaruh media sosial yang sering membuat video reviu makanan iaitu Jason tampil bersuara selepas seorang pemilik TikTok CEO Kaki Review menuduh dirinya seolah-olah melingkupkan perniagaan peniaga dengan reviu jujurnya.
Tak sebut nama Jason dalam video sebelum ini
Terbaru, CEO Kaki Review itu tampil sekali lagi dengan video lain di platform TikTok bagi memperjelaskan videonya yang sebelum ini.
Kata lelaki terbabit, dia tidak ada menyebut nama Jason dalam video sebelum ini dan ramai lagi content creator bangsa lain yang dikenalinya, malah dia juga tidak ada menyentuh soal bangsa lain.
‘Kalau tak sedap, jangan cakap dalam video’
Dalam pada masa yang sama, CEO Kaki Review itu turut memperjelaskan soal kenyataannya tentang bersikap jujur ketika melakukan reviu makanan.
Aku nak ketengahkan lagi isu yang tak jujur ini. Boleh jujur, jujur bila kau cakap sedap. Kalau benda tu tak sedap, jangan cakap dalam video. Jumpa owner, kita bagi dia repair.
Susulan itu, dia meminta agar orang ramai yang ‘tidak faham’ dengan kenyataannya untuk lihat semula video sebelum ini agar tidak berlaku salah faham.