“Aku Tak Rasa Jijik Tapi Aku Rasa Dihina..” – Suami Kantoi Curang Di Rumah, Terakam Oleh Kamera Kucing

Hiburan

“Aku Tak Rasa Jijik Tapi Aku Rasa Dihina..” – Suami Kantoi Curang Di Rumah, Terakam Oleh Kamera Kucing

Baru-baru ini sedang tular di laman Twitter tentang sebuah kisah yang telah diceritakan oleh seorang individu yang tidak didedahkan identitinya berkenaan suaminya yang kantoi curang di rumah mereka sendiri.

Menurut ceritanya, dia ada meletakkan sebuah kamera di tempat makanan kucing atas dasar ingin memantau kucingnya ketika mereka berdua sibuk bekerja. Namun, hal tak disangka berlaku apabila dia terlihat seorang wanita berbaju kurung terakam oleh kamera berkenaan ketika dia di tempat kerja.

Advertisement

Adegan-adegan diorang dan suara semua ada. Aku tak rasa jijik tapi aku rasa aku dihina oleh suami aku sebab buat dalam rumah kami.

Aku tak perlu cerita panjang. Baju kurung officemate dia. Aku kenal.

Bukan itu sahaja, selepas tahu dirinya telah dicurangi oleh pasangan, dia bertekad untuk membawa hal tersebut kepada pihak polis atas alasan menganggu rumah tangga orang sekaligus melaporkan kepada bahagian sumber manusia di tempat penyondol itu bekerja.

Tambahnya lagi, suami dan perempuan tersebut disangka masih bujang oleh rakan-rakan sekerja mereka kerana sering terlihat bersama seperti pasangan bercinta. Perempuan itu juga mengaku bahawa dirinya ingin berkahwin dengan suaminya itu walaupun sudah sedia tahu lelaki itu telah berumah tangga.

Di akhir cerita tersebut, wanita ini meminta agar orang ramai mendoakan agar urusan penceraian dirinya itu dipermudahkan.

hajar
12 months ago

"Lempang, Cekik I Masa I Mengandung" - Pempengaruh Curang, Rupanya Tak Sedar Bertahun Dah Jatuh Talak Tiga Pada Isteri?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...