Kalau kita lihat di media sosial sekarang, ramai yang terhibur dan berkongsikan semula video usahawan transgender yang kini menetap di Australia, Sajat.
Buka sahaja aplikasi TikTok, pasti banyak video usahawan itu yang lalu di #fyp dan rata-ratanya memberi komen bahawa mereka tak kering gusi menonton gelagatnya ketika sesi live.
Sementara itu, seorang individu meraih perhatian selepas dia membuat status di aplikasi X menyelar semua orang yang dikatakan menjadi ‘enabler’ Sajat.
Individu terbabit meminta warganet berhenti mempromosikan video Sajat meskipun ia kelakar kerana usahawan berkenaan sudah banyak kali menghina Islam.
Bila rakyat Perancis hina Islam bukan main bersoladiriti. Tapi bila Sajat hina Islam, buat pekak dan siap RT sebab terhibur.
Tidak berdiam diri, Sajat yang mempunyai akaun di aplikasi itu membalas hantaran individu berkenaan dan berkata dia tidak pernah menghina Islam seperti yang dikatakan.
Saya harap keturunan awak tak menjadi macam saya.
Bagaimanapun, individu berkenaan juga membalas semula dan mengingatkan Sajat tentang kontroversi ketika dia mengerjakan umrah dengan berpenampilan seperti wanita.