Pelakon sensasi, Uqasha Senrose tampil bersuara setelah namanya menjadi hangat gara-gara dakwaan memukul pembantu peribadinya tempoh hari.
Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, Uqasha dilihat mendedahkan perangai sebenar pekerjanya itu.
Dia dalam pada itu turut menulis bahawa dia sama sekali tidak pernah mendakwa dirinya sebagai seorang yang baik dan lembut.
Aku tak pernah claim diri aku baik, lembut, pijak semut tak mati ke apa, itu pandangan korang dekat aku.
Aku baik dengan orang yang baik dengan aku, orang buat jahat dengan aku pun aku boleh diam lagi. Tapi sampai fitnah aku kaki pukul penumbuk semua itu, aku rasa dah melampau.
Jelasnya lagi, orang boleh mereka cerita dan buat apa sahaja yang mereka mahu pada ketika ini namun dakwaan yang dibuat itu perlulah disertakan dengan bukti dan terus buat laporan polis, bukan menunggu lama dan menularkannya di media sosial.
Terdahulu, pembantu peribadi seorang selebriti wanita mendakwa dirinya dipukul gara-gara bercerita mengenai hal rumah tangga majikannya itu kepada ibu artis tersebut.
Uqasha kemudian tampil menafikan dakwaan dirinya adalah artis yang memukul pembantu peribadi berkenaan namun tular selepas itu mengenai laporan polis berhubung kes sama yang tertera nama Uqasha Senrose.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.