Isteri kepada Shuk Sahar iaitu Fara Salleh menegaskan dia tidak pernah berkata atau membuktikan dirinya orang yang baik tetapi tindakannya sejak beberapa hari lepas adalah semata-mata untuk mempertahankan hak dan maruah anaknya, Elaine Nada.
Menerusi Instagram story, Fara berkata dia sama sekali tidak menagih simpati mahu pun wang ringgit daripada orang ramai dengan menjaja nasibnya ini.
Percayalah aku bukan baik. Ini aku so what? Get a life guys. Aku tak minta simpati orang, aku tak minta duit orang. Aku tagih hak sahaja dari manusia munafik. Dan hak yang aku tagih bukanlah wang ringgit tapi maruah Elaine Nada.
Fara juga mengakui bahawa perbuatannya itu agak keterlaluan namun berkata dia tidak mempunyai pilihan lain dan tidak akan berhenti sehingga haknya benar-benar ditegakkan.
Sebab cara baik dah guna sehabis baik jadi, ini cara aku untuk masa sekarang. Rimas? Menyampah? Aku tak suruh tengok.
Aku akan terus tagih sampai selesai urusan ini.
Dalam pada itu, Fara juga berharap agar orang ramia mendoakan dirinya agar dapat menjadi figura ibu dan juga bapa yang baik kepada anak sulungnya itu.