“Aku Tak Perlu ‘Upload’ Untuk Buktikan Apa-Apa” – Ucapan Opai Buat Fatin Afeefa Buat Pengikut ‘Melting’

Hiburan

“Aku Tak Perlu ‘Upload’ Untuk Buktikan Apa-Apa” – Ucapan Opai Buat Fatin Afeefa Buat Pengikut ‘Melting’

Pempengaruh media sosial dan usahawan terkenal, Opai atau nama sebenarnya Aliff Awang, mencuri perhatian netizen selepas memuat naik satu hantaran romantik di media sosial buat isteri tercinta, pelakon Fatin Afeefa.

Dalam perkongsian yang disertakan dengan gambar mesra mereka berdua, Opai meluahkan rasa syukur dan penghargaan terhadap Fatin yang disifatkan sebagai sumber ketenangan dan kekuatannya selama ini.

Advertisement

opai fatin afeefa

Dia (Fatin) adalah satu-satunya sebab saya terus melangkah ke hadapan. Tak ada sebarang perbalahan mahupun drama tetapi hanya ketenangan bila bersamanya.

Dia sering memaafkan tanpa menunjuk malah sentiasa menyokong tanpa perlu sebarang sorakan. Dia juga sentiasa berdoa ketika tiada siapa melihat.

Tambah Opai, dia menegaskan bahawa hubungan rumah tangganya bersama Fatin bukan sekadar untuk dipertontonkan di media sosial, tetapi sebuah perjalanan dan perjuangan yang mereka berdua tempuhi bersama.

Perkahwinan kami bukan untuk tontonan umum (internet) tetapi ia merupakan satu perjuangan buat kami menangi bersama. Aku tak perlu selalu ‘upload’ fasal dia untuk buktikan apa-apa.

Semakin hari, aku semakin mencintainya lebih dari hari-hari sebelumnya.

Perkongsian tersebut menyentuh hati ramai pengikut yang memuji keikhlasan dan kedalaman kasih sayang pasangan ini. Ruangan komen dibanjiri dengan doa agar rumah tangga mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

opai petik nama jojo ghazali
2025-08-03 13:20:33

"Yang Pasti Bukan Jojo, Sebab Dia Selalu Kalah" - Opai Bakal Anjur Pertandingan Tinju?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...