Sering dicop sebagai seseorang yang lantang bersuara di platform media sosial, bagaimanapun, kali ini Zarina Anjolie atau lebih mesra dipanggil sebagai Anju lebih memilih untuk berdiam diri dari meluahkan pandangannya berkenaan kes dera remaja Sindrom Down, Bella.
Biarpun tidak berkata apa-apa, Anju memaklumkan ada sesetengah netizen mempersoalkan sebab dirinya berdiam diri, lagi-lagi apabila mengetahui Anju berteman rapat bersama peguam Siti Bainun.
Selebriti berkenaan juga berkata diam bukan tanda dirinya menyebelahi pihak yang salah, cuma ingin elak orang ramai membuat spekulasi sendiri mengatakan dia memberi pandangan kerana ingin tutup kontroversi berkenaan penyalahguaan syabu.
Video luahannya itu telah dikongsikan semula oleh seorang pengguna di Facebook dan lihat dari video berkenaan, Anju akui berasa terkilan dengan tuduhan yang diterima, jadi dia lebih memilih untuk tolong adik Bella secara senyap-senyap tanpa memberitahu kepada umum.
Aku tak kenal Siti Bainun.. sampai ada yang kata aku pergi parti dengan dia.
Dalam pada itu, dia turut berasa pelik apabila ada pihak yang berkata dirinya pergi ke kelab malam bersama-sama Siti Bainun untuk berhibur sedangkan Anju tidak mengenali wanita itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.