“Aku Tak Buat Fitnah Tapi Betin* Tu Mengaku Sendiri” – Kena Saman Dengan Fattah Amin, Pempengaruh Buat Penjelasan Di IG

Kehidupan

“Aku Tak Buat Fitnah Tapi Betin* Tu Mengaku Sendiri” – Kena Saman Dengan Fattah Amin, Pempengaruh Buat Penjelasan Di IG

Pempengaruh terkenal, Elcah menerusi satu hantaran di Instagram Story tampil mempertahankan dirinya setelah berita mengenai dia dan suami, Afi disaman fitnah oleh pelakon terkenal Fattah Amin disebarkan di laman berita hari ini.

Dalam hantaran tersebut, Elcah berkata perkara tersebut bukanlah satu fitnah melainkan wanita yang terpalit dengan isu curang dengan pelakon itu mengakui sendiri hal demikian.

Advertisement

Fattah Amin Difitnah Curang Sehingga Bercerai, Mahkamah Tinggi Arahkan Pasangan ‘Influencer’ Turunkan ‘Posting’

Aku tak buat fitnah tapi aku bagitahu si betin* ni mengaku sendiri yang dia memang ada sesuatu dengan LLK pastu aku pulak kau saman?

Kenapa tak saman betina yang buat cerita bagitahu semua orang dia ada sesuatu dengan LLK. Dan aku cakap kes kau cerai dengan F pun seluruh Malaysia memang dah tahu.

Tulis Elcah lagi, dia tidak mengetahui kewujudan Fattah Amin dan tidak mengambil tahu mengenai kisah lelaki itu.

elcah

Dia juga mempersoalkan sikap Fattah yang dilihat mempertahankan wanita yang dikaitkan dengan pelakon itu.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi mengarahkan pempengaruh itu untuk ‘take down’ beberapa hantaran media sosial yang mendakwa Fattah Amin telah berlaku curang dengan seorang wanita sehingga bercerai dengan Fazura.

Difahamkan, Fattah turut menuntut permohonan maaf selain wang ganti rugi sebanyak RM5 juta akibat saman malu dan menjatuhkan maruahnya sebagai seorang selebriti.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fattah amin
2025-09-04 15:27:40

Fattah Amin Difitnah Curang Sehingga Bercerai, Mahkamah Tinggi Arahkan Pasangan 'Influencer' Turunkan 'Posting'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...