Di dalam kemelut ‘panas’ yang sedang berlaku di antara penyanyi rap, Caprice dan juga pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew baru-baru ini, pelakon Sharnaaz Ahmad berkata dia tidak berpihak pada mana-mana pihak.
Menurut Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, dia hanya ingin menjaga aib kedua pihak sebelum keadaan menjadi semakin keruh.
Sahabat ku sekalian, aku tak berpihak pada sesiapa. Ebit pun tak, Caprice pun tak.. Ada aib yang kita perlu jaga sebelum nama dan agama kita sayangi ini terjejas.
Maafkan aku kalau aku buat pandai. Tapi kebenaran ini berat untuk semua rakyat terima, untuk Malaysia dan umat Islam.
Kata aku tak tau cerita pandai pandai hentam? Sahabat.. aku tau, dan lebih pada tau.. cuma aku mintak Allah pelihara Aib ini, demi agama dan malaysia.. enuf said, aku stop cakap pasal benda ni.. bincanglah elok elok .. dua dua ikon.. act like one. Thank you and goodnite.
— Sharnaaz Basir Ahmad (@SharnaazAhmad) July 21, 2021
Dalam ciapan yang sama di akaun Twitter pelakon tersebut, dia turut berkata tidak akan mengulas lagi berkenaan dengan kontroversi yang sedang berlaku ini dan menyerahkan kepada kedua-dua pihak untuk selesai kan perkara ini dengan baik.
Sedia maklum, sebelum ini nama Caprice menjadi bualan orang ramai apabila dia memuat naik beberapa hantaran di akaun rasmi Instagramnya dimana dia meluahkan rasa tidak berpuas hati apabila dia tidak dibenarkan memasuki Gaza.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.