Tidak dinafikan nama Nabila Razali mula meniti di bibir peminat sejak gimiknya untuk pelancaran video muzik Pematah Hati menjadi viral. Walaupun ada yang marah kerana rasa tertipu, gimik itu boleh dikatakan berjaya. Walaupun ada yang menjadi haters, ramai juga yang menjadi ngefans Nabila apabila lagu itu mula mendapat pendedahan.
Dan tidak dapat dinafikan wajah yang comel itu memudahkan dia mendapat peminat. Penulis kadangkala terlihat Nabila seperti Neelofa, apatah lagi kedua-duanya bertudung dan bertubuh genit dengan gaya berfesyen yang kadang kala hampir serupa.
Apa yang menarik ialah wajah Nabila sering dipaparkan sepanjang Anugerah Juara Lagu 32 yang berlangsung malam Ahad lepas, sehingga Netizen merasakan jurugambar yang membuat rakaman malam itu sedang crush pada Nabila Razali. Kata Netizen di Twitter:
Cameraman just make me feel Nabila Razali is the sponsor for #AJL32 lol ?
— vhvh (@ZqSofiaZ) February 11, 2018
Semalam #ajl32 hambar teruks sebab memanjang zoom muka Nabila Razali. I dont hate her tapi AKU NAK TGK MUKA ARTIS N SAJAT !!!
— Akak pening (@qyscha_) February 12, 2018
Disebabkan cameraman bongok duk fokus kat muka Nabila Razali lepas Hael menang tadi.
Orang tua tua yang tengok AJL tadi tanya “Tu bini/makwe dia kaa?” #AJL32
— H?d?rellez (@CzarHareii) February 11, 2018
Aku rasa camera man untuk AJL32 ni boyfriend nabila razali. Dari start asyik muka dia.#AJL32
— ? (@BedotDeAloeVera) February 11, 2018
Lupa umum Nabila Razali sebagai duta #AJL32 ka?
— AmirulTajuddin (@Hazim_Chaq) February 11, 2018
Ramai betul bengang asyik muka nabila razali je keluar ? #AJL32
— hirzahasniza (@hirzahasniza1) February 11, 2018
dear cameraman #AJL32 kenapa dengan hidup awak eh asyik hala camera ke Nabila razali je?
— Mimie (@mimie_candycane) February 11, 2018
Eh memang Nabila Razali je ke yang datang #AJL32 ?
— Qiah? (@DrTaqiahHani) February 11, 2018
Cameraman #ajl32 ni ada crush kt Nabila Razali ke? Asyik focus je dari tadi.
— Nadiah Nurnabilah (@NadiahnNabilah) February 11, 2018
Cameraman ni pakwe nabila razali ka ? ka crush dia wehhhh ya allah berapa kali aku nampak muka nab tu. #AJL32
— Dandelion (@aishahhlee) February 11, 2018
