Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz menafikan dakwaan dia mempersoalkan saman yang dikenakan Siti Nordiana kepada lima individu selepas tuntutan maaf tidak dipenuhi. Zulin Aziz menerusi satu hantaran di Instagram berkata, komen yang ditinggalkannya itu telah disalah tafsir orang ramai.
Dalam hantaran itu, pelakon ini turut menyertakan screenshot perbualannya bersama Siti Nordiana, di mana dia telah menghubungi sendiri empunya badan menjelaskan kekeliruan itu. Zulin yang mengakui tertekan dikritik langsung tidak iri hati dan menyebelahi mana-mana pihak.
View this post on Instagram
Pelakon Dia Semanis Honey, Siti Nordiana menerima penjelasan itu dengan baik dan dilihat turut sama memohon maaf. Dia bersyukur Zulin menghubunginya untuk menjernihkan situasi sebenar yang terjadi.
Sementara itu, Zulin berterima kasih kepada orang ramai yang telah memutar belit kenyataan serta menghinanya disebabkan perkara itu.
Jelasnya, orang yang berfikiran negatif hanya akan tertarik kepada perkara negatif dan menghentam tanpa usul periksa. Malah, empunya badan, Siti Nordiana sendiri memahami apa yang cuba disampaikannya.
Terdahulu, Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz dihentam teruk gara-gara meninggalkan komen “Hmmm, nak buat apa RM200,000 tu. Dapat ke ubati hati yang terluka”.
Orang ramai menyifatkan dia cemburu dengan tindakan saman tersebut. Malah ada yang mendakwa dia bersikap tidak matang dan mahu meraih publisiti.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.