“Aku Selalu Tunggu Sisa Anak Je..” – Isteri Terkilan Suami Terlalu Berkira, Siap Minta Jangan Tambah Nasi Bila Makan

Kehidupan

“Aku Selalu Tunggu Sisa Anak Je..” – Isteri Terkilan Suami Terlalu Berkira, Siap Minta Jangan Tambah Nasi Bila Makan

Biarpun sudah ketahui rezeki seorang suami itu juga adalah sebahagian daripada berkat isteri serta anak-anak, namun masih ramai suami yang berkira dan ia bukanlah satu perkara yang pelik untuk zaman ini.

Malah, ada saja yang sanggup melaburkan duit dengan banyak untuk hobi mereka, tetapi bersikap kedekut apabila memberi nafkah kepada isteri.

Advertisement

Seperti yang dilalui oleh seorang wanita ini, dia berasa amat terkilan apabila suami mula pertikaikan ketika dia meminta duit belanja.

Kerana sudah tidak dapat tahan lagi, wanita berkenaan mengambil keputusan menangis dan meluahkan rasa sedih melalui platform TikTok.

Segalanya bermula bila si suami berasa terkejut melihat beras terlalu cepat habis serta menasihati isteri untuk tidak menambah nasi sewaktu makan.

Padahal, wanita tersebut memberitahu dirinya tidak makan nasi dalam kuantiti yang banyak dan kadang-kala memakan sisa nasi daripada makanan anaknya saja.

komen netizen

komen netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa kasihan melihat luahan video wanita terbabit dan ada juga yang memahami ‘akak’ itu kerana turut mempunyai suami yang mempunyai sifat berkira.

Sehingga artikel ini ditulis, video terbabit telah meraih lebih 300,000 tanda suka dan sebanyak 16,000 komen yang diterima daripada para pengguna platform tersebut.

2 years ago

"Niat Hanya Nak Suruh Berhenti Merokok" - Tak Sangka Suami Meninggal Lepas Beri Hadiah Kek Batu Nisan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...