Berita permohonan pengesahan lafaz cerai yang dituntut oleh isteri Eizlan Yusof, Vie Santie sememangnya mengejutkan ramai orang. Abang Nara sampai ke hari ini masih tidak percaya. Iyerlah, mereka berdua telah lama berkahwin dan kelihatan amat bahagia di samping 3 orang cahaya mata. Kedua-duanya pun gagal dihubungi oleh pihak media untuk memberikan komen mengenai pergolakan rumah tangga mereka.
Namun berkata menerusi BiPop semalam, Eizlan Yusof memaklumkan yang dirinya sedang berusaha keras untuk mempertahankan mahligai yang dibina. Kata Eizlan:-
Susah nak komen! Aku sayang dia dan family aku. Ini dugaan tiga suku mati aku nak menanggungnya. Aku tak boleh komen apa-apa buat masa ini, aku down gila. Nantilah ya.
Aku ‘down gila’ macam mana aku nak cakap. Aku tak nak semua terjadi, nantilah. Sorry sangat! Ya aku sedang mempertahankan perkahwinan aku, sebab aku taknak berpisah. Kalau aku dah lafaz, takkanlah aku nak mermpertahankan perkahwinan ini, mesti dah terlerai.
Semoga usaha Eizlan Yusof untuk mempertahankan perkahwinannya akan membuahkan hasil. Rugi sangat-sangat kalau dah ada kahwin lama-lama serta dah ada cahaya mata tetapi berakhir dengan penceraian. Kalau ada masalah boleh dirunding. Insya Allah boleh selesai dengan cara baik. Sama-samalah kita doakan.