Ibu kepada penyanyi Shila Amzah yang sudah lama mendiamkan diri berhubung konflik di antara anak-anak yang turut membabitkan dirinya, sekitar tahun lepas.
Berterima kasih pada anak-anak
Terbaru, menerusi Instagram Fauziah Sarman atau lebih dikenali sebagai Mamazie memuat naik video yang turut mempamerkan foto anak-anaknya dari kecil hingga dewasa.
Bersama dengan hantaran itu, Mamazie turut berterima kasih kepada anak-anaknya yang ditulis di bahagian kapsyen selain turut meluahkan rasa sayang.
Aku sayang sampai mati.
View this post on Instagram
Menjengah ruangan komen, ramai yang sebak dengan situasi keluarga tersebut dan mendoakan yang terbaik buat mereka agar kembali bertaut.
Dalam pada itu, ada yang menegur Shila cukuplah sekadar bertelagah dengan adik beradik tetapi janganlah menyakiti hati seorang ibu.
Bagaimanapun, segelintir individu turut menyatakan pendapat bahawa Mamazie seharusnya tidak mengeruhkan keadaan dengan menyebelahi mana-mana anak.
Sepatutnya bila anak-anak gaduh ibu diam je, jangan di pihak mana-mana. Bila back up salah sorang, anak terasa hati.