“Aku Rugi 17K, Celak* Betul” – Bekas ‘Student’ DDNK Buka Cerita Pasal Pengalaman Sertai Kelas ‘Trading’

Trending

“Aku Rugi 17K, Celak* Betul” – Bekas ‘Student’ DDNK Buka Cerita Pasal Pengalaman Sertai Kelas ‘Trading’

Semalam tular sekeping gambar menunjukkan lesen usahawan yang juga dikatakan bergelar jutawan, Datuk Dr Nazri Khan atau DDNK telah digantung oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Menerusi foto yang dimuat naik seorang individu dikenali sebagai Tok di Facebook, lesen DDNK digantung berkuat kuasa pada 6 Oktober lepas.

Advertisement

2 years ago

"Berkuat Kuasa 6 Oktober" - Lesen DDNK Digantung Oleh Suruhanjaya Sekuriti, Bekas Isteri Yang Laporkan?

Susulan isu berkenaan, ada netizen yang tampil menceritakan pengalaman mereka ketika menjadi anak murid kepada DDNK sebelum ini.

Menurut lelaki itu yang memberi komen di Facebook, dia mengalami kerugian berjumlah RM17,000 ketika dia menyertai kelas di mana RM7,000 digunakan untuk yuran dan tambahan RM10,000 untuk ‘trading’.

Ramai (anak murid) melingkup daripada berjaya. Celak* betul. “

Selain itu, seorang wanita turut mendedahkan tentang cerita ketika dia menjadi salah seorang anak murid di bawah didikan ‘pakar saham’ tersebut.

Katanya, dia menyertai Graduate Development Programme oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia ketika berusia 22 tahun dan menurutnya pada awal pengenalan dulu DDNK merupakan seorang yang pendiam.

Perkongsian wanita itu seolah-olah menjelaskan bahawa DDNK dikenakan tindakan tersebut kerana tidak menjaga etika sebagai seorang pengamal kewangan yang mempunyai lesen sepertinya.

Ia merujuk kepada iklan DDNK di radio yang boleh dikatakan sangat terkenal dalam kalangan rakyat menggunakan tagline ‘Tak Hensem Takpe Janji Kaya’.

Hantaran tersebut meraih perhatian netizen yang berminat untuk tahu lebih lanjut berkenaan isu trading dan juga kes penggantungan Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal milik DDNK.

Sementara itu, pihak pengurusan Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd (IPAM) difahamkan sedang membuat rayuan dan menegaskan bahawa penggantungan itu adalah kerana pelanggaran pentadbiran, bukan tentang pengurusan dana.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...