“Aku Rasa Lebih Baik Aku Diam” – Disaman Dek Tuduhan Curang, Elcah Akur Permintaan Peguam

Trending

“Aku Rasa Lebih Baik Aku Diam” – Disaman Dek Tuduhan Curang, Elcah Akur Permintaan Peguam

Pempengaruh terkenal, Elcah, baru-baru ini tampil memberikan respons terhadap beberapa komen peminat di Threads mengenai isu saman yang dihadapi oleh suaminya, Fattah Amin. Isu itu timbul selepas Fattah didakwa oleh pelakon Fazura atas tuduhan curang semasa mereka masih berkahwin.

Dalam beberapa ciapan balasnya, Elcah menjelaskan bahawa dia memilih untuk lebih berhati-hati dan mengelak daripada memberi komen lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

Advertisement

elcah diam

“Aku rasa lebih baik aku diam, takut ada yang salah faham,” tulis Elcah, mengundang perhatian peminat yang ingin tahu lebih lanjut mengenai situasi tersebut.

Walaupun tidak menjelaskan secara terperinci, Elcah tetap memberi isyarat bahawa dia memilih untuk tidak memperbesarkan isu ini, kerana khuatir ia akan menyebabkan lebih banyak kekeliruan. Pun begitu, wanita tersebut turut menunding jari terhadap netizen yang dikatakan ‘busuk hati’ dalam beberapa balasan komen lain.

Isu saman yang melibatkan Fattah Amin,dan Elcah, menjadi topik hangat dalam kalangan netizen kini.

elcah
2025-09-03 14:23:45

Elcah Kongsi Tips Perut Kempis Tapi Dikecam Netizen - "Malu Lah Bagi Info Salah Macam Ni"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...