“Aku Pun Benci Penyondol, Tak Side Dia” – Diugut Bunuh Buat ‘Live’ Dengan Ira Kazar, Isteri Azlan Komeng Buat Laporan Polis

Hiburan

“Aku Pun Benci Penyondol, Tak Side Dia” – Diugut Bunuh Buat ‘Live’ Dengan Ira Kazar, Isteri Azlan Komeng Buat Laporan Polis

Baru-baru ini, beberapa keratan video live TikTok isteri pelakon Azlan Komeng dan isteri pengarah, Syamsul Yusof tular di platform tersebut.

Beberapa isu telah timbul sewaktu Nur Nilam dan Ira Kazar membuat live bersama hinggakan isteri pelakon itu diugut bunuh serta keselamatan diancam oleh sesetengah individu yang tidak menyukai Ira.

Advertisement

Susulan itu, Nilam telah membuat laporan polis dan memuat naik video bagi membersihkan namanya.

Dalam video itu, wanita terbabit memberitahu bahawa dia tidak menyokong Ira Kazar sebaliknya turut benci dengan individu yang ‘menyondol’ rumah tangga orang lain.

Teruk sangat, saya kena ugut bunuh! Ada yang kata nak langgar saya dengan lori dan juga simbah asid. Saya tidak berpihak kepada dia pun.

Menurut Nilam lagi, isteri pengarah hebat itu hadir ke rumahnya kerana mahu belajar masak lauk Tomyam dan dia sebagai tuan rumah hanya menyantuni Ira sebagai tetamu.

Tambahan lagi, dia turut menghormati suami, Komeng yang merupakan abang angkat kepada Ira Kazar.

ira kazar
7 months ago

"Dah Terima & Ikhlas, Tak Boleh Cakap Lebih-Lebih" - Hanya Senyum Dalam 'Live', Ira Kazar Akui Dah Terima Kifarah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...