“Aku Pujuk Tak Jalan, Penyudahnya Aku Cempung Masuk Kelas”-Netizen Geli Hati Tengok Gelagat Guru Dan Anak Murid

Trending

“Aku Pujuk Tak Jalan, Penyudahnya Aku Cempung Masuk Kelas”-Netizen Geli Hati Tengok Gelagat Guru Dan Anak Murid

Walaupun sudah memasuki suku tahun sesi persekolahan masih ada pelajar yang culas dan meragam tidak mahu meneruskan pelajaran di dalam kelas.

guru

Advertisement

Situasi sebegitu biasanya kita lihat ketika awal tahun terutamanya membabitkan pelajar darjah satu yang baru memasuki alam persekolahan.

Namun, perkongsian seorang guru di Facebook mengenai beberapa orang pelajar yang tidak mahu masuk ke kelas sehingga terpaksa dipujuk dan dicempung (didukung) menarik perhatian ramai.

Netizen geli hati dan dalam masa yang sama kagum dengan kesungguhan beberapa orang guru memujuk pelajar memasuki kelas.

guru

Menurut guru tersebut, Yusmie Yusoff dia dan rakan setugas yang lain terpaksa memujuk beberapa orang pelajar yang tidak mahu masuk ke kelas.

“Aku pujuk-pujuk, usap-usap belakang, cakap lembut pun tak jalan, penyudah aku cempung masuk ke kelas. Punya la cikgu sayang kat anak murid, siap berdukung lagi masuk ke kelas.

“Anak aku tiga orang pun tak pernah aku buat macam tu kat mereka. Yang kat belakang tu Ustaz Hidayat tengah buat rundingan diplomasi pujuk masuk ke kelas. Untung la kamu. Kalau zaman muda dulu memang sudahku tangankan je. Dah tua-tua ni malas dah nak buat itu semua. Sudah insaf,” tulisnya.

Rata-rata netizen memuji kesungguhan guru terbabit dan menganggap ia pengorbanan yang besar dan harus dicontohi.

guru

guru

guru

Justeru, sama ada pelajar atau ibu bapa, hormat dan hargailah jasa guru yang mendidik anak bangsa kita dengan bersungguh-sungguh.

Sumber Berita: Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...