“Aku Pernah Benci Suami Sampai Tahap Maki Kerana Dipaksa Kahwin, Tapi Kerana Berkatnya Hubungan Halal..”

Trending

“Aku Pernah Benci Suami Sampai Tahap Maki Kerana Dipaksa Kahwin, Tapi Kerana Berkatnya Hubungan Halal..”

Perkahwinan adalah saat indah yang ingin dinikmati lebih-lebih lagi bersama pasangan yang kita suka atau cintai. Namun adakalanya ada juga sesetengah pasangan yang dipaksa berkahwin atas kehendak ibu bapa, maka adatlah dalam perkahwinan ada yang kekal dan ada yang tidak, namun, atas faktor paksaan ini bukanlah semunya buruk kita dengar kisahnya selepas berkahwin.

Advertisement

Begitulah terjadi kepada seorang wanita yang  bernama Farhana Ismail Berry Stoberry, beliau menceritakan kisahnya yang dipaksa kahwin walaupun dia belum bersedia di mana di dalam ceritanya dia menyatakan ketika itu amat benci kepada suaminya sehinggalah dia mengandung.

Jom kita baca kisahnya.

Kena kawin paksa!!!!! benci dan meluat!!!

Saja aku nak cerita, Berry cukup anti dengan suami Berry ni, kami kenal berbelas-belas tahun dah tapi Berry pernah buat macam-macam untuk bagi hubungan kami putus, aku curang, curang pula mesti kantoi depan mata dia, tapi dia relax jer, cuma terus bersabar atau menangis.

Dia tanya, kenapa buat macamtu dekat dia, satu soalan yang paling membosankan aku.

“Sayang tak sayang ke dekat abang?”

Geli sangat-sangat aku dengar sampai rasa geli lutut-lutut bila dia cakap macamtu, aku mudah jer jawab,

“Kan aku dah kata dah aku takmau dekat hang, tapi hang nak juga dekat aku kenapa…!”

Paling teruk aku uji dia, aku tak mahu kawin dengan dia 2 kali sampai kenduri pun terpaksa tangguh, hari yang ditetapkan tarik kenduri, aku pergi bercuti di Langkawi, relax gilakan.

Dalam pada masa tu, kad kenduri suami aku mereka dah edarkan kepada saudara, bertunang pun gantung, dia datang rumah aku lari sembunyi.

Aku marah dia, akau maki dia semua perkataan, Ba**, Pel*q, anak h***m, semua aku sebut hari-hari, kalau dia mesej aku, aku akan maki, dia telefon aku, aku akan maki, hanya sepupu aku yang tahu betapa aku nak elakkan sangat diri dari berkahwin.

Suami aku ni pula selalu datang rumah tengok aku, tapi aku mesti tak keluar bilik, tapi pelahan-pelahan dia jolok duit masuk bawah pintu, aku marah dia sogok-sogok duit kat aku, tapi lepas dia balik, slow-slow aku tarik duit masuk dalam poket, ?, dosa sangat aku rasa pada dia.

Mak aku dah tak larat nak ‘makan’ air mata, malu kat orang sekeliling, sebab betapa aku tak mahu kawin, macam-macam cara mak pujuk untuk suruh aku kawin, dia sogok duit beribu-ribu, dia sogok nak bagi rumah dua buah, macam-macam juga la.

Pada hari kenduri tu, kawan baik aku Aslah datang bagitahu, aku kawin seminggu ja pastu pisah, sumpah aku tak bohong, asyik-asyik ayat nak pisah je aku sebut kat suami aku.. Astagfirullah.. jahatnya aku masa tu.

Masa angkat nikah tengok muka dia pun aku tak mahu, dengan saudara dia pun aku tak salam, aku buat tak tahu, malam pertama aku suruh dia tidur bawah katil, jahatnya sayang.

Ingat-ingat balik memang malu, dengan perangai aku dulu, bukan tak mahu dengan lelaki, cuma waktu tu aku masih belum bersedia nak kahwin, aku nak simpan dia pun time tu sebagai stok untuk bakal jadi suami aku, tapi mak aku suruh aku kawin cepat, jadi terpaksa la, segala persiapan kahwin, baju pengantin, kenduri, sampai kesemuanya aku buat tak tahu, mak aku dan suami yang handle semua, aku masa hari bersanding, muka memang macam tah*, mekap pun aku lap buang dengan kain.

Tapikan, nak cerita macammana cinta tu boleh berputik padahal dulu aku benci dia gila-gila, meluat sangat-sangat, mulanya bibit cinta bila aku mengandung.. pelikkan, benci tapi lekat baby…hahaha.

Tak sampai setahun kawin, dah mengandung dah, cepatkan rezeki anak awal, mak aku, adik beradik aku, sedara-sedara kalau tengok muka aku mesti akan perli,, ”hat takmau takmau, sampai anak dua dah noh,”

Dari dulu sampai sekarang ayat tu aku selalu kena…hahaha

Dengan relaxnya aku jawab, “benda depan mata free, takkan nak tengok saja kot ?”

Tapi serius masa tu tu memang takda feel cinta, cuma baru sayang-sayang, meluat tu banyak lagi.. suami aku ni semua orang sayang, kalah sayang kat aku, maka aku layan dia macam anak kandung sendiri, sayang yang amat, pijak katak pun tak pecah, semua orang sayang dekat dia sebab dia jenis ‘soft spoken’.

Aku pula kasar gila bab*, macam langit dengan bumi kami berdua ni, tapi taktau la kenapa dia nak sangat dekat aku.

Serius masa dah tahu ada baby dalam perut rasa sayang dekat dia lain macam, memang aku angau kat dia, sampai dia sendiri heran dia tak pernah sangka aku akan sayang dia, dulu nak sentuh dia pun rasa macam nak tumbuk, tapi sekarang walaupun dia hitam pun rasa sayang sangat-sangat, hodoh-hodoh laki aku pun aku sayang gila woo, dia hitam manis hensem..what? hahaha

Sebab tu pesanan orang tua dulu kata, jangan benci sangat dah tak pasal-pasal sayang dari start lahir anak pertama sampailah ke anak kedua, aku dengan dia macam pengantin baru hari-hari.

Kawan aku yang dah lama tak kontek tiba-tiba kelmarin tanya.

“You dah berpisah belum dengan suami you”

Hahahaha.. aku hanya mampu gelak jer, sebab kawan aku ni dia tahu betapa aku benci kat suami akau dulu, 2 3 bulan baru kawin hari-hari aku mesej dia bagitahu aku tak sabar tunggu kena tinggal, Astagfirullah, jahat sangat rasa aku waktu tu.

Abang aku pernah kata, kalau aku betul-betul tak jadi kawin dengan suami aku ni, akulah manusia yang paling rugi, dia kata aku takkan jumpa dah lelaki macam Amet dalam dunia ni, ternyata kata-kata abang aku benar….? muah sayang kat Abang Kohat dengan Abang Yazi..harga dunia akhirat….

Alhamdulillah, ternyata jodoh kami kuat,.. Allah sayangkan perhubungan halal ini.. semoga Allah berikan kami kebahagiaan dunia dan akhirat, memandangkan dulu aku takdak gambar kawin yang elok-elok, tu aku shoot gambar kawin sekali lagi..hahahaha.

Tu tiba-tiba rasa nak share story ini kat wall, harap baca dengan hati murni la ya, jangan dok komen yang pelik-pelik, aku jenis jujur bila menaip ni, malas nak cover bahasa.

Hitam pon hitam laaa janji hati dia putih, bukan hitam biasa-biasa tapi tahap merelit-hitam hahahahahahaha !!!!!

Aku sayang hang Khairul Amir , tak leh tag sebab tak friend.. dulu aku blok fb dia bertahun-tahun, tengok-tengok minagu lepas dia ambil henfon aku aku pandai-pandai unblok fb dia sndri.

Sebenarnya dlu berat aku 75kg tp demi dia aku turunkn berat badan aku smpai 45kg.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...