“Aku Perhati Siapa Bawa Dulang, Even Minat Gila..” – Jadi Pengapit Untuk Amira Othman & Fattah, Netizen Ugut Nak ‘Unfollow’

Hiburan

“Aku Perhati Siapa Bawa Dulang, Even Minat Gila..” – Jadi Pengapit Untuk Amira Othman & Fattah, Netizen Ugut Nak ‘Unfollow’

Semalam, pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman menjadi perhatian ramai susulan mereka telah pun dijab dan kabulkan dengan sekali lafaz dalam satu majlis pernikahan yang dilakukan di Sepang, Selangor.

Pengapit Fattah & Amira jadi perhatian

Walaupun ia merupakan hari bahagia buat pasangan tersebut, turut menjadi bualan ramai adalah barisan pengapit buat pengantin lelaki dan perempuan yang dikatakan cantik serta hensem-hensem belaka.

Advertisement

Dapat dilihat, antara rakan selebriti yang menggalas tanggungjawab tersebut ialah Alvin Chong, Bell Ngasri, Anzalna Nasir, Nabila Razali, Hawa Rizwana, Qasrina dan Wani Hasrita.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Biarpun ia merupakan hari bahagia tetapi terdapat segelintir netizen yang kurang senang melihat selebriti-selebriti tersebut bersetuju menjadi pengapit buat Fattah dan Amira.

‘Done unfollow, blocked and removed..’

Antara komen yang didapati daripada laporan Gempak adalah:

Aku tengah perhati siapa bawak dulang, sebab aku nak delete daripada Spotify.

Done unfollow, blocked and removed from Spotify YTMusic list, even aku minat gile dengan Ernie but yeah.

Nasib tak pernah follow most of them. The one and only Ernie je follow. Bila nampak muka dia ada terus unfollow.

Sekadar info, pihak lelaki menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.

anzalna backup amira
2025-09-15 14:58:31

"Jangan Cetuskan Drama Tidak Perlu" - Anzalna Berharap Amira Othman Tidak Dibandingkan Dengan Sesiapa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...