Pelakon jelita, Rozita Che Wan terus menjadi bualan netizen selepas tular dikaitkan dengan isu berhutang dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebanyak RM1 juta.
Walau bagaimanapun perkara itu tidak menghalangnya untuk kekal aktif di media sosial dan dia juga sempat menjual pakaian terpakainya (preloved) menerusi siaran langsung di aplikasi TikTok.
Baru-baru ini, video Che Ta menjadi bualan ramai selepas tular dakwaan dia memegang wang ‘kosong’.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, ia memaparkan pelakon tersebut sedang memegang sejumlah wang yang banyak ditangannya dan memaklumkan pengikutnya berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai.
Hari ini kita nak pergi shopping.
Korang berpeluang untuk menang duit berkepuk-kepuk ini.
@mk_mediia Membalas kepada @pengirandemak #rozitachewan #cheta #tiktoknews #beritatiktok #mkmedia #mkmediamalaysia ♬ bunyi asal – Media Update
Namun, ramai netizen yang mendakwa wang bernilai RM100 itu adalah palsu.