“Aku Peduli Apa Dengan Mahkamah, Bod*h La” – Satu Keluarga Mengamuk Disuruh Buang Barang Penuh Di Koridor Aparment

Kehidupan

“Aku Peduli Apa Dengan Mahkamah, Bod*h La” – Satu Keluarga Mengamuk Disuruh Buang Barang Penuh Di Koridor Aparment

Tular di media sosial rakaman yang memaparkan pergaduhan di sebuah pangsapuri di Ukay Perdana, Ampang Jaya dan ia menjadi bualan netizen kerana sikap sebuah keluarga yang naik angin apabila disuruh buang barangan yang memenuhi kawasan koridor.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada 22 Februari lalu ketika pihak pengurusan menjalankan operasi terhadap rumah itu kerana meninggalkan barang di ruang siar kaki.

Advertisement

Berdasarkan video itu juga boleh dilihat terdapat banyak barangan yang diletakkan di siar kaki seperti kabinet, tong air, kipas, basikal kanak-kanak dan macam-macam lagi.

makcik mengamuk disuruh buang barang luar rumah

Bagaimanapun, pergaduhan berlaku apabila mereka ditegur dan netizen mengkritik cara keluarga tersebut mengamuk, menjerit-jerit, menengking dan mengeluarkan kata-kata yang tidak elok.

Seorang lelaki didengari berkata dia tidak kisah jika tingkah laku mereka dirakam dan tidak peduli sekiranya jiran mahu membuat laporan serta membawa kes ke mahkamah.

Kau sikit sikit mahkamah. Kau punya pasal la kau nak rakam. Dia ni muka bod*h la. Bod*h betul.

@arivchelvam Kawasan siar kaki tak bersih, memangpun kucing datang berak kat situ, apa yang tak logik? Serba sedikit apa yang berlaku dekat Pangsapuri Sri Melor pada 22.02.2024 apabila pengurusan menjalankan operasi terhadap rumah tersebut kerana meninggalkan barang/sampah di ruang siar kaki. Pemilik rumah nanti kena bayar bil besar. #strata #siarkaki #kebersihan #jmb #ukayperdana #srimelor ♬ original sound – Ariv Chelvam

Difahamkan, Semua barang-barang kepunyaan keluarga itu  yang diletakkan di koridor telah disita dan mereka perlu menanggung kos pembersihan dan sewaan tong roro.

Keluarga itu juga dikatakan mempunyai tunggakan yuran penyelenggaraan sebanyak RM13,000 dan kes akan dibawa ke mahkamah.

barang banyak di kawasan siar kaki

komen netizen

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain padapautan di bawah.

OKU berkerusi roda turun naik tangga, lif flat rosak
1 month ago

Penduduk Berkerusi Roda Terpaksa Mengesot Turun Naik Tangga, Lif Flat Di Kepong Asyik Rosak & Tak Berfungsi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...