“Aku Ni Masih Dalam Pantang Tau..” – Isteri Caprice Tak Mahu Terlibat Dalam Isu Toksik, Minta Jangan Libatkan Dirinya

Hiburan

“Aku Ni Masih Dalam Pantang Tau..” – Isteri Caprice Tak Mahu Terlibat Dalam Isu Toksik, Minta Jangan Libatkan Dirinya

Semalam, dunia hiburan telah digemparkan dengan pendedahan oleh kekasih penyanyi dan pelakon sensasi, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine di media sosialnya yang membuatkan ramai terkejut lagi-lagi apabila hal yang didedahkan itu melibatkan nama beberapa artis popular.

Isteri Caprice tidak terlibat

Isteri kepada penyanyi rap dan aktivis, Caprice iaitu Farah Inalis memberitahu dia tidak pernah mengambil tahu dan bertanya mengenai isu berkaitan dengan rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah serta Ruhainies kepada suaminya itu.

Advertisement

Melalui Instagram story, ibu kepada dua orang cahaya mata ini berkata dia tidak mahu ambil pusing tentang isu toksik yang berkaitan dengan selebrititi ini. Tambah Farah, dia tidak bersedia untuk menerima apa-apa negativiti di masa pantang itu.

Aku ni kan masih dalam pantang tau. Kalau boleh sehabis daya aku nak jaga mood aku, nak fokus recovery dan bayi sahaja. Aku duduk satu rumah dengan laki aku, satu soalan pun aku tak tanya cerita Aliff, Bella, Ruhainies dan si kening tu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farra InaLis (@farra_inalis)

Jangan libatkan

Pada masa yang sama, Farah mendakwa mana-mana pihak yang terlibat dalam kontroversi berkenaan merupakan individu yang ‘bodoh’.

Jangan sampai aku keluarkan kenyataan yang boleh buat lagi kecoh. Jadi jangan libatkan aku okay.

farra

Terdahulu, Sarah Yasmine yang mengakui merupakan kekasih Aliff sejak Januari lalu telah tampil dengan kenyataan mendedahkan dalang disebalik isu rumah tangga Aliff dan Bella.

Caprice
8 months ago

“Patutnya Esok Semua Berdamai, Menyesal Tolong” - Nama ‘Dipetik’ Nasihat Aliff Aziz Jangan Cerai Bella, Caprice Rasa Kena ‘Game’

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...