Semalam, tular di media sosial tentang seorang lelaki yang menangis memohon bantuan van jenazah bagi menguruskan bapa mentuanya yang meninggal dunia di tepi jalan.
Menerusi Facebook, Mohd Ariff Ahmad membuat hantaran menceritakan van yang dipandunya rosak ketika dalam perjalanan dari Sandakan ke Bongawan, Papar.
Ketika kejadian, Ariff mahu membawa bapa mentuanya ke Papar untuk menjaganya namun hasratnya tidak kesampaian.
Lambai tangan tapi tiada yang berhenti
Bapa mentuanya meninggal dunia ketika dalam perjalanan yang mengambil masa 8 jam dan kematian arwah sudah disahkan pihak Hospital Tuaran yang memintanya menguruskan pencarian van jenazah sendiri.
Aku cuba melambaikan tangan dalam keadaan sedih dan menangis untuk minta simpati kenderaan lalu lalang tapi tiada yang berhenti, semua jalan dan melihat (saja).
Buat live FB, ada yang bantu
Selepas buntu tiada kereta yang berhenti dia membuat keputusan untuk bersiaran langsung di Facebook bagi meminta bantuan. Akhirnya selepas beberapa jam terkandas, jasad bapa mentuanya dibawa dengan bantuan orang.
Ariff menerusi hantaran lain berkongsi bahawa arwah sudah selamat dikebumikan dan berterima kasih kepada yang tampil membantunya.