“Aku Jadikan Dia Inspirasi” – Shuk Sahar Takut Jadi Macam Dulu, Akui Terkesan Isu Tangkap Khalwat Aliff Aziz

Hiburan

“Aku Jadikan Dia Inspirasi” – Shuk Sahar Takut Jadi Macam Dulu, Akui Terkesan Isu Tangkap Khalwat Aliff Aziz

Pelawak dan bekas penyampai radio, Shuk Sahar akui amat terkesan dengan isu tangkap khalwat yang berlaku atas penyanyi, Aliff Aziz dan pelakon, Ruhainies, baru-baru ini.

Jadikan Aliff Aziz sebagai inspirasi

Dapat dilihat dalam video podcast OKLETSGO.SG, Shuk memberitahu bahawa dirinya pernah lalui situasi yang sama seperti penyanyi tersebut dan disebabkan itu dia menjadikan Aliff sebagai inspirasi untuk ubah gaya hidupnya.

Advertisement

Bila Aliff Aziz dapat tunjuk yang sisi dia patah balik dan dekat GV (Gegar Vaganza) dia jadi Imam. Jadi pada masa tu dia salah seorang yang pengaruh aku untuk aku macam ‘aku kena contohi dia’.

@okletsgo.sg Isu Tangkap Khalwat. #okletsgo #okletsgosg #fyp #fypsg #fypmy #podcast #radio #viralmalaysia🇲🇾 #gempakviral #berita #fypシ #shuksahar #dynnorahim #dzarismail #rajarazie #suriafm #erafm #hotfm #kool101 #aliffaziz #ruhainies #bellaastillah ♬ original sound – OKLETSGO

Takut jadi seperti dulu

Namun begitu, disebabkan kes khalwat baru-baru ini yang berlaku terhadap Aliff Aziz, pelawak tersebut akui takut jika dirinya juga kembali seperti dulu dan berpatah balik.

Macam mana kalau tiba-tiba aku pulak jadi macam ni? Serius aku takut.

Sekadar info, bekas isteri Shuk iaitu Rossa Sera memfailkan penceraian selepas pelawak itu didapati berlaku curang terhadapnya dan mereka sah bercerai pada 22 Mac tahun lalu.

Kini, Shuk Sahar sudah pun mendirikan rumah tangga bersama Fara Salleh, dimana wanita itu pernah terkait dengan Shuk susulan kes curang.

Shuk sahar fara salleh
10 months ago

"Bapak Segala Ibl*s, Tunggu Aku Cerai" - Didakwa Masih Diganggu Rossa Sera, Fara Salleh Dan Shuk Sahar Didakwa Dah Nikah?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...