Sebelum ini, dia digelar ‘vampire’ dek kerana wajahnya yang tak makan usia dan saiz badannya yang kekal langsing seperti anak dara.
Kali ini, video dimuat naik aktres Nora Danish kembali meraih perhatian selepas ramai memujinya awet muda selepas berjalan seriringan dengan anak lelaki, Rayqal.
Macam kakak dengan adik
Menerusi Instagram, hantaran tersebut mempamerkan Nora memaut tangannya di lengan Rayqal sambil berjalan ke sebuah restoran untuk meluangkan masa bersama keluarganya.
Rayqal pula dilihat sudah tinggi melebihi ibunya itu yang kenit membuatkan ada yang memberikan pujian mereka nampak seperti kakak dan adik.
Makan banyak tapi badan maintain
Ruangan komen hantaran tersebut dipenuhi dengan komen warganet yang memuji Nora malah ramai yang berseloroh menyindir diri mereka sendiri.
Aku impress dia masih kecil betul sedangkan aku masih bangga mengunyah big apple (donat) 3 ketul tadi.
Kata mereka, Nora makan banyak tetapi badan tetap ramping malah ada yang menjadikan fizikal aktres tersebut sebagai body goal untuk mereka capai.
View this post on Instagram