Menjadi influencer bukanlah satu kesalahan, namun isu timbul apabila ada segelintir pihak yang merasa layak mendapat layanan istimewa dan makanan percuma hanya kerana mempunyai pengikut ramai di media sosial.
Baru-baru ini, seorang pemilik restoran nasi kandar terkenal berkongsi pengalaman apabila seorang influencer datang ke restorannya bersama keluarga dan cuba mendapatkan makanan percuma dengan alasan mahu membuat ulasan video di media sosial.
Ada seorang pelanggan ini datang bersama keluarga. Sebelum makan beliau datang kepada saya kata ‘saya influencer’. Saya pun kata ok.
Lalu beliau pun tunjuk akaun TikTok beliau yang ada lebih 40 ribu pengikut. Lepas itu beliau kata tak perlu bayar kan, sebab akan ambil video NKS.
Namun, pemilik restoran berkenaan yang lebih mesra disapa mamu, tetap tegas menolak permintaan tersebut dan menegaskan bahawa status influencer bukan alasan untuk tidak membayar makanan.
Jadi influencer bukan bermaksud tak perlu bayar. Kalau 10 orang buat macam beliau, habislah mamu akan bankrap terus.
Menurutnya lagi, individu terbabit masih berkeras mahu makan percuma dan terus menyebut dirinya seorang influencer ketika di kaunter pembayaran, namun tetap diminta untuk membayar bil berjumlah RM54.
Kisah tersebut tular di media sosial dan rata-rata netizen menyokong tindakan tegas pemilik restoran itu, sambil mengkritik sikap segelintir influencer yang menggunakan populariti untuk mengambil kesempatan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.