“Aku Hilang Segalanya Tapi Aku Ada…” – Rita Rudaini Minta Orang Ramai Jaga Diri Dan Jauhi COVID-19

Hiburan

“Aku Hilang Segalanya Tapi Aku Ada…” – Rita Rudaini Minta Orang Ramai Jaga Diri Dan Jauhi COVID-19

Pelakon Rita Rudaini tampil berkongsi luahan rasa dan berkongsi keadaan dirinya yang selama ini digelar anti-vaksin oleh sesetengah pihak berikutan keengganannya menerima suntikan vaksin COVID-19.

Akui Rita, dia kehilangan pekerjaan dan hak kebebasan hanya kerana enggan divaksin.

Advertisement

Rita Rudaini
3 years ago

"Tak Serah Badan Anak-Anak Untuk Uji Kaji.." Netizen Dah Hilang Sabar Dengan Rita Rudaini

Namun begitu, dia tidak berasa takut atau peduli kerana masih mempunyai Allah sebagai pelindung.

Aku hilang pekerjaan kerana enggan turut perintah, aku juga hilang hak kebebasan. Tapi aku tidak peduli, tak takut yang aku takut aku hilang Allah. Kerana Dia lah aku masih hidup.

Ujar Rita lagi, dia bersyukur kerana masih diberikan rezeki dan dikirimkan orang yang baik untuk berkongsi rezeki.

Dalam pada itu, Rita sempat menitipkan pesanan kepada orang ramai agar sentiasa menjaga diri serta menjauhi virus COVID-19.

 

Kalau sakit, rawat diri sendiri. Jangan sibuk nak cari mangsa lain jadi bahan fitnah konon orang itu jadi penyebab kau sakit. Kenapa nak salahkan orang lain. Kenapa tak salahkan diri kau.

Terdahulu, Rita memilih untuk digelar prosafe berbanding anti-vaksin berikutan dia enggan menerima suntikan pelali wabak pembunuh itu.

Jelasnya, dia percaya pada vaksin namun ia haruslah datang dengan kajian yang terperinci serta terbukti keberkesanannya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...