Terkini, seorang individu telah berkongsi cerita pahit kawannya telah meninggal dunia baru-baru ini yang sempat dikatakan menjadi mangsa buli pelakon Uqasha Senrose semasa zaman sekolah dahulu.
Individu ini telah memuat naik kenyataan tersebut di laman Twitternya pada hari Khamis. Katanya, dia mendoakan Uqasha bahagia kerana telah menyakiti arwah temannya. Selain itu, wanita itu juga menggangap duit saman yang tidak diterima pelakon tersebut merupakan ‘bukti’ kesalahan Uqasha.
Semoga Uqasha berbahagia di dunia, court case nak tuntut juta-juta tak dapat?
Aku harap Uqasha happy la buat kawan aku macamtu, kali ni tuntut di padang mahsyar is real :)
— BUGATTI (@wnhsevond) November 2, 2023
Apabila ditanya, pelakon drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa ini tiada komen memandangkan Allahyarham juga sudah tiada ujarnya. Malah, dia menyerahkan isu ini kepada peguamnya. Uqasha juga tidak takut untuk berhadapan dengan keluarga arwah untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Terdahulu, Uqasha Senrose sempat terlibat dalam dakwaan membuli kawan sekolahnya apabila seorang pengguna sosial media membuat pengakuan secara umum soal hal itu.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.