Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Aku Hanya Tak Mampu Hadiahkan Kau Rumah” – Dituduh Banyak Kerenah, Suami Nadia Brian Tampil Buka Mulut

Nampaknya, pergolakan rumah tangga pasangan Nadia Brian dan suaminya Mu’izz Nasruddin kini semakin hangat diperkatakan netizen sehingga Muizz kini dilihat seakan tampil membuka mulut berkenaan ‘fitnah’ yang diperkata isterinya.

Advertisement

Lebih perit, kedua-dua mereka kini khabarnya mula berbalas kenyataan di media apabila Mu’izz mendakwa mempunyai bukti kukuh melihat isterinya curang dengan lelaki lain di hadapan matanya sendiri.

Bagaimanapun, segalanya dinafikan Nadia sehingga beliau bertindak memohon supaya suaminya melafazkan cerai kerana sudah tawar hati dengan perangai lelaki terbabit yang dilabel sebagai seorang yang banyak kerenah.

Bukan itu sahaja, kini Muizz dilihat semakin berani apabila dirinya kini bertindak memuat naik beberapa posting di IG story seolah memberi kenyataan balas bahawa beliau langsung tidak pernah menyuruh isterinya melakukan kerja rumah sepanjang berkahwin.

Bahkan, dirinya juga menafikan dakwaan yang beliau seorang yang ‘gila glamour’ kerana bukan beliau yang bergelek di aplikasi Tik Tok untuk meraih perhatian daripada netizen.

Advertisement

Lantas, memberi amaran supaya pihak ‘disana’ tidak lagi menyampaikan cerita kurang enak berkenaan dirinya atau beliau sendiri yang membuka mulut berkenaan isu sebenar kelak.

Namun begitu, Muizz sempat memohon maaf kepada keluarga dan kenalannya kerana terpaksa memuat naik luahan hati di media sosial kerana beliau yakin bahawa dirinya juga adalah manusia biasa yang mempunyai perasaan apabila diperlakukan sedemikian rupa.

Meskipun posting terbabit tidak pasti ditujukan buat siapa, namun ramai kini seolah boleh meneka siapakah insan yang dimaksudkan.

Untuk rekod, Nadia sebelum ini telah sah bergelar isteri kepada Muizz pada November tahun lalu. Namun, sehingga kini, pasangan itu masih belum menimang cahaya mata.

Sumber: Oh My Media

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. niyang rapek

    December 17, 2020 at 11:22 am

    ruginye kau nadia.. kau pmpuan. dgn sikap kau mcm ni wlu msih begelar suami isteri no wonder kau blh buat lg dgn suami baru. suami kau ni dah ckup sgt ikut kehendak kau. untung sgt da laki ensem kurus. pndai jge badan. duit pun ade. ape lagi la kau nk??

  2. Anonymous

    December 17, 2020 at 10:47 am

    entah, wang hantaran 50k, tapi sendu, hidung macam inject je. sabar jelaa encik muizzz, nasi dah jadi bubur. lama lama dia menipu, dia ada kifarahnyaa encik, lepaskan aje

  3. Anonymous

    December 17, 2020 at 10:14 am

    laki dia level manager biase je kot kt tricubes tu…brape sgt la gaji dia nk tampung high class si nadia tu even dia ade buat bisnes lain pon still xmampu la nk puaskan hati pompuan tu…nasib ko la muiz sape soh kawen dgn pompuan gila duit…dh tau pompuan jenis gitu demand mcm²…tgk jela mcm mana dia propose nk kawen dulu bkn biase² ye

Leave a Reply to niyang rapek Cancel reply

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top