“Aku Hanya Tak Mampu Hadiahkan Kau Rumah” – Dituduh Banyak Kerenah, Suami Nadia Brian Tampil Buka Mulut

Hiburan

“Aku Hanya Tak Mampu Hadiahkan Kau Rumah” – Dituduh Banyak Kerenah, Suami Nadia Brian Tampil Buka Mulut

Nampaknya, pergolakan rumah tangga pasangan Nadia Brian dan suaminya Mu’izz Nasruddin kini semakin hangat diperkatakan netizen sehingga Muizz kini dilihat seakan tampil membuka mulut berkenaan ‘fitnah’ yang diperkata isterinya.

Advertisement

Lebih perit, kedua-dua mereka kini khabarnya mula berbalas kenyataan di media apabila Mu’izz mendakwa mempunyai bukti kukuh melihat isterinya curang dengan lelaki lain di hadapan matanya sendiri.

Bagaimanapun, segalanya dinafikan Nadia sehingga beliau bertindak memohon supaya suaminya melafazkan cerai kerana sudah tawar hati dengan perangai lelaki terbabit yang dilabel sebagai seorang yang banyak kerenah.

Bukan itu sahaja, kini Muizz dilihat semakin berani apabila dirinya kini bertindak memuat naik beberapa posting di IG story seolah memberi kenyataan balas bahawa beliau langsung tidak pernah menyuruh isterinya melakukan kerja rumah sepanjang berkahwin.

Bahkan, dirinya juga menafikan dakwaan yang beliau seorang yang ‘gila glamour’ kerana bukan beliau yang bergelek di aplikasi Tik Tok untuk meraih perhatian daripada netizen.

Lantas, memberi amaran supaya pihak ‘disana’ tidak lagi menyampaikan cerita kurang enak berkenaan dirinya atau beliau sendiri yang membuka mulut berkenaan isu sebenar kelak.

Namun begitu, Muizz sempat memohon maaf kepada keluarga dan kenalannya kerana terpaksa memuat naik luahan hati di media sosial kerana beliau yakin bahawa dirinya juga adalah manusia biasa yang mempunyai perasaan apabila diperlakukan sedemikian rupa.

Meskipun posting terbabit tidak pasti ditujukan buat siapa, namun ramai kini seolah boleh meneka siapakah insan yang dimaksudkan.

Untuk rekod, Nadia sebelum ini telah sah bergelar isteri kepada Muizz pada November tahun lalu. Namun, sehingga kini, pasangan itu masih belum menimang cahaya mata.

Sumber: Oh My Media

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...