“Aku Hanya Berlari-Lari Anak, Tapi Dada Dah Mula Sakit & Susah Nak Bernafas”

Trending

“Aku Hanya Berlari-Lari Anak, Tapi Dada Dah Mula Sakit & Susah Nak Bernafas”

Sejak berumur 14 tahun lagi aku sudah merokok (maaf mak dan ayah), dan menjadi perokok tegar sewaktu di Kolej Matrik, di usia 17 tahun.

Advertisement

Aku cuba berhenti rokok pada tahun 2012, dan sewaktu itu jugalah sahabat aku memperkenalkan ‘vape’. Ia sememangnya kurangkan ketagihan kepada rokok, dan aku rasa sedikit baik. Pada waktu itu, dengan ‘vape’, stamina aku makin baik, lebih-lebih lagi untuk bermain futsal.

Namun, setiap hari keinginan untuk berhenti ‘vaping’ tetap ada, lebih-lebih lagi keluarga terdekat telah berhenti, dan bertanya pada diri “Kalau mereka boleh, mengapa tidak aku?”. Tapi, bukan mudah.

Tanya mereka yang merokok, tanya mana-mana yang ‘vaper’. Semudah mana untuk berhenti merokok/’vaping’? Begitu juga bila mana, ayah didiagnos masalah jantung, baru dia berhenti, tapi untuk seketika sahaja.

Kemudian, aku bertanya pada diri kembali, “Adakah aku akan mnegalaminya juga?” Aku cuba lebih kuat untuk berhenti.

Dan, pada satu petang, sewaktu aku sedang berlari-lari anak, dada aku sakit, dan sukar untuk bernafas, walau hanya berlari kecil sahaja.

Saat itulah aku bersumpah, aku mesti berhenti ‘vaping’. Hanya selepas dua hari, aku berhenti ‘vaping’, pada 6.30 petang, 2hb September 2016.

Kini, setelah 6 bulan aku berhenti merokok, dan ‘vaping’, dan aku berharap akan kekal selamanya.

Aku tidak benci pada rokok, tapi aku bersyukur kerana aku merokok, jika tidak mana aku tahu untuk merasai perbezaan besar bila mana engkau merokok, dan tidak merokok, jujur aku katakan. Aku tidak akan kembali pada saat itu kembali.

Aku faham bagaimana sukarnya untuk berhenti merokok. Lebih-lebih lagi perokok tegar, yang mana telah merokok lebih dari 10 tahun. Aku tak kata ia mudah untuk berhenti. Tak akan pernah mudah.

Kalau ia mudah, semua orang akan berhenti kan? (ayat aku yang, aku suka, hehe)

Jadinya, aku harap harap buat perokok/’vapers’ di luar sana ‘all the best’. Tiada langkah-langkah, tiada tips, yang ada hanya diri anda sahaja. Apa yang perlu, cari motivasi diri, dan anda sudah boleh bermula.

Akhirnya, aku harap, ayah, abang, dan semua sepupu aku akan berhenti juga dari merokok/’vaping’ tidak lama lagi. Kerana aku tahu, jauh di sudut hati mereka, mereka sangat inginkannya.

Sayangi isteri anda, sayangi anak anda, sayangi keluarga anda…..dan, kucing anda.

Kredit : Awang Putut

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...