Seorang wanita yang memakai niqab mengejutkan ramai baru-baru ini selepas dia dilihat sanggup menunjukkan bentuk buah dadanya ketika live di TikTok.
Menerusi TikTok, seorang individu memuat naik video menunjukkan seorang niqabis yang melenting dan tidak boleh menerima kenyataan tindakannya itu ditegur ramai.
Katanya, niqabis sebegitu telah merosakkan pakaian sunnah, tidak beradab dan seperti hilang perasaan malu.
Nak kata cari makan dekat TikTok? Tak nampak gaya macam nak cari makan, tapi nampak gaya nak menggedik saja. Kena tegur sikit, mulalah meroyan, melenting.”
Berdasarkan rakaman tersebut, wanita niqabis itu menyelar individu yang menegurnya dan berkata terpulang kepadanya untuk menggedik atau tidak.
Aku punya live aku galak ke aku gedik ke itu masalah aku bukan masalah hang. Hang lek lek sudah la.”
Dalam pada itu, seorang wanita turut membuat teguran menerusi Facebook tentang sikap gedik sesetengah niqabis yang dilihatnya di TikTok.
Katanya, dia pernah menegur seorang niqabis yang membuat live disaksikan ramai lelaki namun tiba-tiba telah disekat oleh wanita tersebut.
Sejak kebelakangan ini, makin ramai pula wanita yang memakai niqab membuat live di TikTok pada waktu awal pagi menunjukkan perangai gedik dan memalukan kerana mengejar ‘gift’.
Mereka ini seolah-olah tidak memikirkan kesan daripada tingkah laku sebegitu yang menjadi tontonan ramai terutamanya lelaki.