Tular semalam di media sosial tentang tindakan segelintir calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ‘serang’ halaman Google sebuah pusat peranginan di Pahang kerana keliru ketika membuat ujian pendengaran.
Pelajar-pelajar terbabit mengambil tindakan seperti itu gara-gara tidak berpuas hati dengan soalan yang diterima ketika menduduki ujian mendengar untuk Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Menerusi satu hantaran di Twitter yang dibuat oleh seorang pengguna ini, difahamkan soalan tersebut menyebut pusat peranginan bernama Salang Sayang Resort.
macam budak bodo pic.twitter.com/OUXTBwYjrJ
— ayie (@mfitsayie) February 21, 2022
Ekoran itu, calon mendakwa speaker yang ditugaskan ketika itu tidak menyebut perkataan tersebut dengan jelas sehinggakan mereka tidak dapat menjawab soalan terbabit.
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen berasa berang dengan tindakan sesetengah calon SPM yang mengambil tindakan tersebut tanpa berfikir sehinggakan rating pusat peranginan terbabit jatuh.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.