Selebriti Zoey Rahman mendedahkan dirinya telah dimalukan ketika menghadirkan diri di anugerah berprestij minggu lalu.
Bahkan, melalui perkongsiaan di Instagram itu, Zoey memberitahu ia memberi kesan yang mendalam terhadap dirinya.
Aku dimalukan di anugerah berprestij minggu lepas. Aku tak akan lupa sampai bila-bila.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, dia berkata akan menunjuk bukti si pelaku memalukan dia di video seterusnya dan berharap ia menjadi pengajaran buat semua pihak termasuk dirinya.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang berharap cerita yang disebarkan itu bukannya ‘marketing’ semata-mata dan ada juga persoal di mana video pendedahan seterusnya yang mahu dilakukan oleh Zoey.