Turut terpukul dengan isu penamatan khidmat penyampai radio Suria FM, Tyzo Xander itu, usahawan terkenal, Kak KM menyatakan rasa kecewanya.
Turut rasa sedih
Menurut Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli di video TikToknya baru-baru ini, dirinya terkejut mendengar berita Tyzo tersebut. Usahawan ini turut merasakan ada sesuatu yang terjadi disebalik hal berkenaan.
Kesian, sedih. Ni ada yang tak kena aku rasa. Walaupun kita tak rapat, apa yang aku tahu dia ni orangnya pergi kerja, balik kerja. Orangnya baik, tak banyak mulut, tak suka cakap hal orang.
Aku turut rasa sedih. Dia tengah menangis di set tu. Ya lah orang hilang pekerjaan. Mana anak dia nak makan, kereta dan rumah nak bayar.
@lianaroslikakkm♬ original sound – kakkm@sweetdara
Tukar stesen radio
Pada masa yang sama, sejurus mendengar berita tentang penyampai radio itu bakal meninggalkan Suria FM, Kak KM bertekad dirinya tidak akan mendengar stesen radio itu lagi dan bertukar kepada stesen yang lain.
Ini adalah masanya, kita tukar siaran radio. Aku dah tak nak dengar radio ni, maaf sangat.
Sebelum ini, Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd. Majid atau DJ Lin telah menerima kecaman dari netizen yang mendakwa dirinya sengaja menamatkan perkhidmatan Tyzo namun DJ Lin telah menepis dakwaan tersebut.