“Aku Dah Tak Ada Harapan Apa-Apa Untuk Industri Muzik,” – Amir Jahari Ambil Keputusan Bersara Daripada Dunia Seni

Hiburan

“Aku Dah Tak Ada Harapan Apa-Apa Untuk Industri Muzik,” – Amir Jahari Ambil Keputusan Bersara Daripada Dunia Seni

Ahad lalu, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia Amir Jahari telah mengambil keputusan untuk bersara dari industri seni Malaysia. Baginya, kini masa terbaik untuk mengundur diri daripada dunia hiburan yang dianggapnya penuh liku-liku.

Pengumuman itu telah dibuat oleh Amir pada malam Ahad lalu menerusi Facebook page peribadi miliknya.

Advertisement

“Ini Live terakhir aku sebagai Amir Jahari. Bermula 2011 hingga 2020, 9 tahun aku berada dalam industri. Satu perjalanan yang tidak disangka-sangka. Daripada jalanan, seorang busker di Kuching, sampai ke pentas AJL, sampai ada album sendiri. sampai perform di luar negara dan album yang kedua, dan hari ini adalah hari terakhir untuk Amir Jahari,”

Amir turut menjelaskan bahawa jika sebelum ini dia seolah berikrar untuk tidak berhenti berkarya dalam dunia seni, namun dia masih lagi melakukan perkhidmatan untuk mencipta dan kompos lagu bagi sesiapa yang berminat. Tetapi, dia kini mengambil keputusan untuk tidak lagi membuat lagu untuk diri sendiri.

 Mengakui keputusan yang diambil itu agak mendadak dan hanya difikirkannya sejak tiga minggu lalu, namun dia kini hanya ingin menumpukan perhatian terhadap keluarga dan anak-anak.

“Aku fikir tentang anak aku tiga orang. Apa akan jadi nanti dengan keadaan yang tidak stabil, pendapatan daripada muzik yang tidak stabil, dengan tidak ada insuran, dengan tidak ada simpanan, dengan hidup memang cukup-cukup sahaja. Aku dah taknak ‘gamble’ untuk industri ini, dan untuk anak-anak aku yang sedang membesar dan juga isteri aku juga. Sekarang ini Alhamdullilah, semua sihat tapi kalau apa-apa jadi pada salah seorang, aku tak tahu nak buat apa. Dengan tidak ada insuran, dengan hutang keliling pinggang, aku rasa aku dah tak sanggup,”

 Tambahnya lagi, dia tidak mahu lagi menjadi seorang artis seniman yang bergantung harap kepada masyarakat untuk menyokong. Mengakui sudah tidak menyimpan sebarang harapan kepada industri muzik, apa yang dipintanya kini adalah sentiasa melakukan apa-apa pekerjaan dengan niat kerana Allah.

Di akhir siaran langsung Live FB tersebut, Amir turut mengucapkan penghargaan iaitu ucapan terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokongnya selama ini sepanjang berada dalam dunia hiburan tanah air.

Sumber: Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...