“Aku Dah Nak Bercerai Dengan Fuad, Sebab Aku Gatal Curang Dengan Lelaki Lain” – Tom GV

Hiburan

“Aku Dah Nak Bercerai Dengan Fuad, Sebab Aku Gatal Curang Dengan Lelaki Lain” – Tom GV

Penyanyi Tom mencetuskan perhatian ramai apabila mendakwa rumah tangganya bersama suami, Fuad Rahman kini berada di ambang perceraian.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook, Tom atau nama penuhnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 40, mendakwa keretakan rumah tangga mereka berpunca daripada kecurangannya sendiri dengan lelaki lain.

Advertisement

Tom

Dia turut mengakui kesalahan tersebut secara terbuka dan meminta orang ramai tidak lagi menghubunginya selepas ini.

“Saya dah nak bercerai dah dengan Mohamed Fuad Fuad Rahman, sebab saya yang curang dengan lelaki lain.”

“Aku besar punya permpuan gatal., semua salah saya. Dah jangan cari aku lagi, aku nak pergi curang sana sini lagi.”

“Sesiapa nak ambil tmpat saya, silakan. Kitorang dah nak cerai, rugi tak adjust sebab suami saya tak bersalah dia baik.”

Sebelum ini, timbul spekulasi mendakwa rumah tangga pasangan itu sedang dilanda masalah. Namun kedua-duanya pernah menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan hubungan mereka berada dalam keadaan baik.

Untuk rekod, Tom dan Fuad mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2023 selepas sama-sama menyertai program Gegar Vaganza musim kesembilan. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Anggun Lovellia yang kini berusia dua tahun.

Tom sebelum ini juga pernah melalui tiga perkahwinan yang berakhir dengan perceraian dan mempunyai tiga orang anak lelaki daripada perkahwinan terdahulu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-02-11 15:42:20

Didakwa Sudah Bercerai Dengan Fuad, Tom Perjelas Isu Tinggal Berjauhan Dengan Suami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...