“Aku Dah Malu, Maruah Aku Nak Letak Mana?”, Luah Lelaki Yang Gambarnya Disebar Sebagai Perompak

Trending

“Aku Dah Malu, Maruah Aku Nak Letak Mana?”, Luah Lelaki Yang Gambarnya Disebar Sebagai Perompak

1 (1)

Sejak beberapa hari yang lepas, telah tersebar gambar seorang lelaki di laman Facebook kononnya lelaki berkenaan merupakan salah seorang dari kumpulan pecah rumah sedang meninjau salah sebuah rumah untuk dirompak dan bergiat aktif beberapa kawasan perumahan di Sungai Petani.

Advertisement

Gambar berkenaan dikatakan diambil oleh tuan rumah dan disebarkan di laman sosial di mana ia mendapat perhatian ramai di mana dihujung tulisan yang disertakan diletakkan pesanan agak semua pemilik rumah beringat.

Gambar yang disebarkan

Gambar yang disebarkan

Namun sebaliknya kebenaran telah dibuktikan bahawa semua ini diketahui tidak benar apabila lelaki berkenaan yang menyedari gambarnya diviralkan telah tampil menafikan perkara ini.
Menurutnya semua ini adalah fitnah di mana gambar berkenaan telah disebarkan tanpa usul periksa.

Berikut adalah penerangan beliau kenapa beliau berhenti didepan rumah tersebut.

2 (1)

3

Berdasarkan carian admin, gambar dan status itu sudah tidak dijumpai, mungkin sudah diturunkan atau telah dipadam oleh admin group Facebook berkenaan.

Kalau betul pun dia berniat jahat, buat laporan polis terlebih dahulu untuk disiasat dari sebarkan sebegini ke laman sosial, sebab kita tidak ada bukti dalam menuduh orang, takut tidak semena-mena kita menganiaya orang dan menjadi menyebar fitnah.

9 years ago

"Henti Sebarkan Gambar Dan Fitnah Pekerja Suami Saya"

Beberapa hari lalu, satu kes yang hampir sama juga terjadi apabila gambar dua orang pekerja pembersihan telah diviralkan di laman Facebook kononnya mereka membawa parang untuk merompak.

Namun, isteri kepada majikan mereka telah tampil menceritakan hal sebenar.

Apapun kita tunggu jawapan dari orang yang pos gambar tu pula, kita dengar cerita dari dua belah pihak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...