“Aku Dah Lama Cari Kau, Kau Tunggulah Nasib Kau!” – Isteri Amy Search Berpeluk Tubuh & Beri Pandangan ‘Tajam’ Waktu Shila Amzah Diserang

Hiburan

“Aku Dah Lama Cari Kau, Kau Tunggulah Nasib Kau!” – Isteri Amy Search Berpeluk Tubuh & Beri Pandangan ‘Tajam’ Waktu Shila Amzah Diserang

Penyanyi, Shila Amzah berkongsikan momen kejadian diserang oleh penyanyi rock lagenda, Amy Search dan mengakui mengigil ketika kejadian tersebut berlaku secara tiba-tiba.

‘Aku dah lama cari kau!’

Menurut Shila, sewaktu dia sedang melakukan latihan untuk sebuah konsert, secara tiba-tiba Amy Search datang kearahnya untuk memberi amaran.

Advertisement

Seingat saya perkataan pertama adalah ‘aku dah lama cari kau’ tapi dengan nada yang sangat keras, yang menjeritlah.

Katanya lagi, sewaktu Amy Search menjerit kearahnya, Shila bukan keseorang tetapi turut ada client, musician, dan kru-kru konsert.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by F8Buzz (@f8buzz)

Isteri Amy Search beri pandangan ‘tajam’ kepada Shila Amzah

Shila memaklumkan juga penyanyi rock itu menganggap dia menganggu rumah tangganya dan hal tersebut membuatkan dirinya tergamam.

Benda terakhir saya ingat ‘kau tunggulah nasib kau’. Saya ingat isteri dia turut berada di tempat kejadian. Dia pandang saya dengan berpeluk tubuh. Tengok saya daripada jauh dan pandangan yang macam apa yang terjadi tadi tu masih tidak cukup.

Disebabkan kelakuan itu, Shila menganggap perkara tersebut akan berulang di masa akan datang dan membuat keputusan untuk membuat laporan polis demi menjaga keselamata diri.

shila amzah
2025-07-14 14:39:04

"Ramai Rakan Industri Mesej Akui Lalui Situasi Sama.." - Shila Amzah Tak Berniat Tarik Laporan Polis Terhadap Amy Search

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...