Aku Dah 22 Tahun Dalam Industri, Yang Dia Baru Setahun Jagung – Azwan Ali

Hiburan

Aku Dah 22 Tahun Dalam Industri, Yang Dia Baru Setahun Jagung – Azwan Ali

Ya kalau mengikut senioriti, sememangnya Azwan Ali jauh meninggalkan Sharnaaz Ahmad. Masa Abang Nara kecik-kecik dulu pun Azwan Ali dah ada dah. Teringat kemachoan dan kehenseman Azwan Ali ketika mengacara Muzik-Muzik. Masa tue memang handsome. Entah di mana silapnya, Azwan Ali kini bukan seperti Azwan Ali yang dulu. Rasanya kalau Azwan Ali kekal macho seperti dulu, mesti lagi meletup daripada pengacara-pengacara lain.

azwan ali

Advertisement

Rasanya semua orang tahu mengenai pertelingkahan yang berlaku antara Azwan Ali dan Sharnaaz Ahmad baru-baru ini. Kesemuanya gara-gara ‘selfie’ yang telah dilakukan oleh Azwan Ali ketika ketibaan jenazah mangsa MH17. Ramai yang menganggap Azwan Ali ber’selfie’ ketika tempoh 1 minit berkabung. Abang Nara pun fikir macam itu jugak. Rupa-rupanya anggapan tersebut salah. Terang Azwan Ali menerusi portal Murai:-

Dia tu siapa? Dia ingat aku selfie masa tengah bertafakur ke? Tolong sikit kalau tak tahu apa-apa jangan cuba nak memandai-mandai, sah-sah aku selfie sebelum bertafakur, aku ada dekat dataran pada pukul 9 pagi ok! Sebelum bertafakur aku selfie untuk kenang-kenangan, yang dia sibuk apahal!

Aku dalam industri hiburan sudah 22 tahun, yang dia baru setahun jagung, lagipun aku tahu bila waktu yang sesuai nak berselfie, ramai yang ‘naik hantu’ sebab keliru dengan ‘caption’ gambar itu, hakikatnya aku tidak berselfie ketika negara sedang bertafakur.

Ini Azwan Ali, memang aku ‘no bother’ dengan komen-komen yang cuba jatuhkan nama aku, sudah biasa, yang penting peminat-peminat yang menyokong aku tahu diri aku yang sebenar

azwan ali

Khabarnya Azwan Ali dan Sharnaaz Ahmad bakal dipanggil oleh persatuan Karyawan untuk menyelesaikan kontroversi yang melanda mereka ini. Diharap selesai secara elok. Jangan bergaduh pulak kat situ. Kang tak pasal-pasal lagi serabut. Abang Nara percaya kedua-duanya sudah dewasa dan matang. Jangan jadi budak-budak. Yang penting salah seorang mesti mengalah. Tak gitu?
prowhiteP.S:Hanya dalam 14 hari sahaja, tablet boleh kunyah Pro-White akan membantu anda melenyapkan segala tanggapan negatif yang bermain di dalam fikiran anda terhadap masalah kulit dan kesihatan yang anda hadapi. Pengambilan tablet Pro-White bukan sahaja dapat membantu kamu peroleh kulit cerah dan cantik impian semua wanita malah mampu membantu meningkatkan kesihatan dalaman badan hasil kelebihan pelbagai bahan-bahan kandungannya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...