“Aku Cari Makan Dekat Bubblebee, Kau Buka SSM Tengok Siapa Pemegang Saham” – Shuib Berang Dengan CEO Helmie

Hiburan

“Aku Cari Makan Dekat Bubblebee, Kau Buka SSM Tengok Siapa Pemegang Saham” – Shuib Berang Dengan CEO Helmie

Pelawak dan usahawan, Shuib meluahkan rasa berang apabila terdapat seorang individu yang bernama CEO Helmie mendakwa syarikat minuman Bubblebee bukan milik Bumiputera.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad menegaskan syarikat tersebut merupakan miliknya dengan pegangan saham sebanyak 60 peratus dan bakinya dipegang oleh rakan kongsi berbangsa Cina.

Advertisement

shuib sepahtu

Pelawak itu turut menafikan dirinya menjadi mangsa keadaan atau ‘kambing hitam’.

Kenapa CEO Helmie ni cakap syarikat Bubblebee bukan syarikat orang Melayu (Bumiputera) dan saya jadi ‘kambing hitam’.

 

Aku cari makan dekat Bubblebee untuk anak-anak, ini dugaan aku jatuh bangun dalam berniaga. Sudah menjadi adat resam berniaga.

 

Kalau kau rajin pergi bukak SSM dan tengok siapakah ‘shareholder’. Pemegang ‘share’ terbesar nama dia Shahmira Muhamad. Dia (Shahmira Muhamad) pegang 60 peratus.

 

Kemudian ada seorang kawan saya bangsa Cina, dia pegang ‘share’ sebanyak 40 peratus.

Shuib turut memberitahu dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebaran fitnah yang telah merosakkan reputasinya.

Pelawak itu turut meminta bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan CEO Helmie untuk dia mengambil tindakan lanjut.

Ingat, bila mana seseorang mengambil tindakan dan bila proses itu sudah berjalan, awak kena pergi menghadap mahkamah, cari peguam. Awak ingat itu satu perkara yang mudah?

 

Perkara itu akan menyusahkan awak, melibatkan duit dan masa. Jadi, fikirkan baik-baik.

 

Untuk CEO Helmie, saya akan tetap jalankan kerja saya. Kalau sesiapa yang mungkin tahu keberadaan CEO Helmie, boleh DM saya sebab minggu ini memang kami ingin mencari dia.

@bosssalong Komen untuk part2#fypシ゚ #fyp #bismilahrame #bubblebeemalaysia #shuibsepahtu ♬ original sound – bossAlong

Shuib saman pengguna tiktok
1 month ago

Shuib Saman Pengguna TikTok Atas Dakwaan Fitnah Tidak Berasas Dan Melampaui Batas - "Nanti Nak Bercakap Pun Terketar-Ketar"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...