“Aku Cari Bukan Harta Bertimbun-Timbun” – Sajak ‘Ku Cari Damai Abadi’ Karya Tun Abdullah Ahmad Badawi Kembali Tular

Kehidupan

“Aku Cari Bukan Harta Bertimbun-Timbun” – Sajak ‘Ku Cari Damai Abadi’ Karya Tun Abdullah Ahmad Badawi Kembali Tular

Sajak nukilan Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi berjudul “Ku Cari Damai Abadi” kembali mendapat perhatian rakyat Malaysia sebagai simbol penghormatan dan kenangan terhadap Perdana Menteri kelima itu.

Sajak yang ditulis oleh Allahyarham, yang lebih mesra dikenali sebagai Pak Lah, pada tahun 2004 kini kembali tular di media sosial susulan pemergian beliau yang dilaporkan malam tadi.

Advertisement

sajak pak lah

Bait-bait sajak tersebut mengangkat tema ketenangan jiwa, pencarian makna kehidupan, dan harapan terhadap kesejahteraan berterusan – mencerminkan sisi peribadi Allahyarham yang terkenal dengan pendekatan sederhana dan berjiwa damai dalam kepimpinan.

Rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat dilihat berkongsi petikan sajak itu di platform digital sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan dan jasa beliau dalam memimpin negara, khususnya menerusi pendekatan Islam Hadhari dan pembinaan negara bangsa berlandaskan nilai murni.

Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi menghembuskan nafas terakhir pada usia 85 tahun dan dikenang sebagai pemimpin berjiwa rakyat yang sentiasa mementingkan keharmonian serta perpaduan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

4 hours ago

Najib Tun Razak Hadir Beri Penghormatan Terakhir Kepada Tun Abdullah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...