“Aku Bukan Sugar Mummy Kau Ya!” Zarina Anjoulie Minta Bekas Suami Pulangkan Telefon Dan Beg Gucci

Hiburan

“Aku Bukan Sugar Mummy Kau Ya!” Zarina Anjoulie Minta Bekas Suami Pulangkan Telefon Dan Beg Gucci

Akhirnya bercerai untuk kali kedua, personaliti media sosial dan juga pelakon Zarina Anjoulie menerusi sebuah hantaran di Instagram memaklumkan mengenai perkara itu untuk pengetahuan peminat.

Setelah enam bulan mendirikan rumah tangga, Zarina dan Eilyas sebelum ini pernah memaklumkan bahawa perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian dan turut berkongsikan video memaparkan dia hadir ke Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan bagi menyelesaikan urusan penceraian itu.

Advertisement

Namun, pada 2 Mac lalu, Zarina memaklumkan mereka berdua sudah rujuk semula hasil perbincangan dan mengetepikan ego masing-masing.

zarina anjoulie

Namun, susulan daripada penceraian kali kedua ini, Zarina menerusi Instagram Storynya telah meminta Eilyas untuk memulangkan semula beberapa barangan yang diberikan Zarina seperti telefon bimbit dan beg jenama mewah.

IG Story ZarinaSumber : mStar Online  

Zarina Anjoulie IG story

IG Story Zarina AnjoulieSumber : Instagram Zarina Anjoulie  

“Kau dah ceraikan aku..ha jangan malu-malu la nak kasi barang-barang aku balik ya, yang kau pakai tu, bag,kasut tu…sebab aku bukan sugar mummy kau ya. Kau dah boleh pergi beli telefon baru ya aku nak telefon aku balik..”

Terdahulu, Zarina telah berkahwin dengan Eilyas pada 17 Julai tahun lalu bertempat di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.

Dia sebelum ini pernah bernikah dengan seorang jejaka daripada Brunei pada tahun 2015 sebelum bercerai pada Disember 2016. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Awangku Gabriel Martin Ezra.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...