“Aku Bukan Sengaja Nak Bergolek Je Dalam Bilik Ni” – Netizen Puas Hati Tengok Menantu Lawan Ibu Mentua Tak Berhati Perut

Kehidupan

“Aku Bukan Sengaja Nak Bergolek Je Dalam Bilik Ni” – Netizen Puas Hati Tengok Menantu Lawan Ibu Mentua Tak Berhati Perut

Kita dibesarkan dengan budaya mempraktikkan isteri melakukan kerja rumah, menguruskan anak dan sebagainya malah kesedaran tentang kesihatan mental juga masih belum meluas sehingga kini.

Selalunya isteri yang masih terikut-ikut dengan budaya ini akan mendengar telunjuk suami malah turut terpaksa mengikut kata-kata mentua yang kadang kala ikut campur.

Advertisement

2 years ago

Semua Serba Tak Kena, Isteri Mengadu Perangai Mak Mentua Tapi Respon Suami Buat Netizen 'Menyirap' - "Nak Suruh Maki Mak?"

Rakaman memaparkan seorang wanita dari Indonesia menjawab dan melawan kata-kata ibu mentuanya ini meraih perhatian serta pujian ramai.

Menerusi video itu, wanita berkenaan berkongsi keadaannya terpaksa menjaga anak yang sedang sakit namun ibu mentuanya kemudian memaksa dia membuat kerja rumah termasuklah memasak untuk suami.

Kerana geram dengan sikap tidak berhati perut mentuanya, wanita tersebut lantang bersuara dan melawan kerana katanya ibu suaminya itu sering berasa semua hal tidak kena.

menantu

Kata wanita itu, dia bukan sengaja mahu bergolek dan bermalas-malasan di dalam bilik namun tidak dapat meninggalkan anaknya yang merengek seharian kerana tidak sihat.

Kejadian itu dirakam oleh kakak iparnya yang kebetulan turut berada di dalam bilik yang sama dan katanya suami enggan menyewa di luar kerana mahu bertanggungjawab menjaga ibunya.

Video itu bagaimanapun telah dipadam daripada laman TikTok namun sebelum ia dibuang, ramai warganet menyatakan rasa puas hati dengan wanita berkenaan.

Kesiannya. Nampak dah yang sis betul betul stress tu.

menantu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Blog

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...