“Aku Bukan Nak Marah Dia Pun, Nak Tanya Je…” – Pemilik Exora Kunci Patah Tampil Beri Penjelasan, Nafi Tuduh ‘Owner’ Kedai

Trending

“Aku Bukan Nak Marah Dia Pun, Nak Tanya Je…” – Pemilik Exora Kunci Patah Tampil Beri Penjelasan, Nafi Tuduh ‘Owner’ Kedai

Baru-baru ini tular tentang video yang mempamerkan pergaduhan di antara pasangan suami isteri dengan pemilik kedai membasuh kereta.

Menerusi video itu, difahamkan bahawa kunci kereta jenis Proton Exora milik pasangan tersebut telah patah selepas mereka menghantar cuci di kedai terbabit.

Advertisement

 

Owner sengaja patahkan kunci?

Pertelingkahan berlaku di antara mereka bertiga dan pemilik kedai tersebut mendakwa wanita itu sendiri yang sengaja merosakkan kunci keretanya sendiri dan menuduhnya.

Menerusi Twitter, pelbagai respon diterima daripada warganet di mana rata-ratanya menyebelahi pemilik kedai berkenaan namun ada juga sesetengah yang menyokong pasangan tersebut.

 

Tampil beri penjelasan

Menyedari isu menjadi besar, pasangan berkenaan menerusi Facebook tampil memberikan penjelasan panjang dalam sebuah video berdurasi 10 minit.

Ujar wanita itu, mereka bukan datang ke kedai tersebut semula untuk menuduhnya menyebabkan kunci patah atau menuntut ganti rugi sebaliknya ingin meminta bantuan.

Namun, ketika memberikan penjelasan itu wanita tersebut mendakwa pemilik berkenaan mungkin salah faham dan menyangka dirinya dipersalahkan.

Walau bagaimanapun, bagi tidak memanjangkan isu tersebut mereka memohon maaf dan berkata tidak akan meminta ganti rugi atau pergi ke tribunal.

langkawi mahal
4 months ago

"Sepatutnya Sedia Maklum Harga Makanan Di Pantai Chenang Tinggi Sebab.." - 'Owner' Restoran Nasi Putih Ayam Kunyit RM23 Bersuara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...