Bekas tunang kepada pelakon Zarina Anjoulie baru-baru ini meluahkan rasa tidak puas hati yang terbuku selepas namanya menjadi siulan warga maya gara-gara berita putus tunang yang diumumkan sebelum ini.
Ujar Datuk Seri Khazrul Elzey, dia tidak gila populariti seperti yang didakwa sesetengah pihak dan kurang senang dengan sikap Zarina yang dianggap keterlaluan.
Katanya, Zarina terlalu celupar dan tidak menggunakan akal ketika bercakap selain mendakwa bekas tunangnya itu menuduhnya mengungkit duit perbelanjaan ketika menonton wayang bernilai RM700.
Aku bukan biawak hidup yang kau tanggung. Beberapa bulan aku tanggung kau. Aku tak perlukan publisiti murahan. Kau sabar sikit, benda ni orang cucuk kau. Kau sendiri mengadu dekat netizen, gunakan akal. T
Khazrul juga menegaskan bahawa dia tidak mahukan duit Zarina kerana sudah terlalu banyak duit yang dimilikinya sendiri.
@puteranordanish2 Jawapan balas kepada anju dari Dati Seri Elzey #pnd #anjoulielavocah1 #ds #puteranordanish #datosri #khairulelzey #putuscinta #putus #tunang #brikenheart??? #trailer #episod #drama #fup #gosiphangat
Aku belum kahwin lagi dengan kau, baru bertunang. Kau memburukkan aku semua, kau nak hantar duit kau dekat aku. Eh tak payah lah. Aku tak nak duit kau, duit aku bersepah. Tak kahwin lagi dah buka aib.
Aku bukan biawak hidup, aku ada hutang dengan kau ke? Aku bantu kau lagi bina pagar rumah RM100k.
Dalam pada itu, Khazrul ada meminta agar Zarina tidak menyebut lagi namanya di media sosial dan menafikan dakwaan aktres itu yang menuduhnya ‘mencuri’ pengikut di media sosial.
Kau jangan sebut-sebut nama aku, mungkin sebab dalam TikTok aku ada nama kau. Tak boleh delete, tunggu lagi 18 hari baru aku boleh tukar nama tu. Aku rasa kau berubah lah, bertakwalah pada Allah.