‘Aku.. Budak Nakal’ – Ucapan Sweet Ajak Shiro Sempena Anniversary Ke-12

Hiburan

‘Aku.. Budak Nakal’ – Ucapan Sweet Ajak Shiro Sempena Anniversary Ke-12

Penyampai radio dan pelawak, Ajak Shiro menerusi laman Instagram membuat ucapan penuh bermakna sempena ulang tahun perkahwinan ke-12 bersama isteri tersayang, Afifah Amin. Difahamkan, pasangan ini mula berkenalan seawal tingkatan 1 dan akhirnya disatukan tanggal 6 Jun 2009.

3 years ago

“Lama Dia Idam Nak Ada Rumah Sendiri“ - Ajak Shiro Bina Rumah Untuk Bapa

Advertisement

Menerusi hantaran tersebut, Ajak berkata dia sebenarnya seorang budak nakal yang sering dicabar oleh kekasihnya suatu ketika dahulu. Dia juga sering dileter dan dipaksa belajar Matematik. Namun, siapa sangka sehingga ke hari ini dia masih bersama dengan wanita yang sama dan berharap dapat terus bersama sehingga ke akhir hayat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro)

Meninjau ke ruangan Instagram isteri, beliau turut menulis ucapan penghargaan sempena 12 tahun kehidupan pahit dan manis mereka. Afifah berterima kasih di atas kasih sayang yang dicurahkan si suami. Beliau berharap hubungan mereka tetap utuh selamanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Afifah Amin (@afifahamin)

Di ruangan, netizen tersentuh melibat hubungan mereka yang dikatakan seperti pasangan baru berkahwin. Netizen seronok melihat pasangan ini yang sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada pengikut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Ajak Shiro

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...