Pempengaruh dan usahawan terkenal, Fila Amir, tampil lantang menjawab komen netizen yang mempersoalkan wajah anak sulungnya, Assara Adama Camara, yang didakwa tidak menyerupai bapanya, Adama.
Menerusi satu potongan video siaran langsung yang tular di media sosial, Fila atau nama sebenarnya Nur Afilah Amir Rusdi dilihat berang apabila ada pihak mendakwa anaknya bukan hasil benih suami.
Tindakan tegas Fila itu turut mendapat perhatian ramai netizen yang meninggalkan komen sokongan di ruangan live tersebut.
Rata-rata menyarankan agar Fila tidak mengambil peduli komen berunsur provokatif dan menyatakan bahawa wajah anak tidak semestinya menyerupai ibu atau bapa sepenuhnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.